Selamat Datang ke e-PEKEPPI

Berkhidmat kepada komuniti kami dengan ketelusan, integriti, dan dedikasi. Temui bagaimana kami membuat perbezaan setiap hari.

Introduction
Pengenalan

Pengenalan

Tabung Khairat Kematian Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru (PKKTM) adalah satu tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh Masjid Taman Pulai Indah (MTPI. TKKMTPI ini diamanahkan kepada Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan, MTPI dan diuruskan mulai bulan Januari, tahun 2018

Objektif

PKKTM2 ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:

a . Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.

b . Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan teratur dan bertanggungjawab.

c . Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.

Undang-undang Kecil

Kelayakan

Dibuka kepada semua penduduk Islam dalam kariah MTPI samada penduduk tetap atau sementara (penyewa).

Tempoh Minima Mendapat Manfaat

Tiada tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan. Ahli layak menuntut manafat sebaik sahaja mendaftar dengan syarat ahli dalam keadaan sihat dan tidak koma semasa mendaftar

Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli

  • Umur kemasukan ahli dan pasangannya adalah bermula pada 18 tahun berdasarkan hari jadi akan datang
  • Tanggungan Ahli ialah keluarga terdekat iaitu isteri/suami, anak atau anak-anak yang belum berumah tangga atau belum berdikari DAN umur anak tidak lebih 23 tahun kecuali anak OKU. Anak yang berumur 18 hingga 23 tahun boleh daftar berasingan bergantung kepada kemampuan keluarga. 
  • Anak angkat yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan statusnya oleh peserta
  • Anak tiri yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dikahwini oleh duda/janda semasa tempoh sijil berkuatkuasa.


Jumlah Ahli Keluarga Menerima Manafaat

Faedah khairat dalam satu keluarga (rujuk perkara 4) adalah untuk seramai maksima 3 orang sahaja bagi tempoh satu tahun. Faedah ini juga mengambilkira ahli/keluarga yang meninggal dan dikebumikan di Taman Pulai Indah.

Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan 

  • Ahli keluarga seperti ibu/bapa yang tinggal bersama tidak perlu memohon menjadi ahli berasingan. Tempoh tinggal bersama hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.
  • Anak atau anak-anak yang sudah mencapai umur lebih 23 tahun dan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli TKKMTPI, perlulah mendaftar sebagai ahli baru

Sumbangan Yuran Tahunan 

Sumbangan yuran tahunan TKKMTPI adalah sebanyak RM40.00 untuk seorang ahli dan tanggungannya yang sah. Bayaran boleh dibuat kepada AJK yang dilantik atau wakil kawasan/Fasa masing-masing.

 Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran dikenakan RM10.00 sekali seumur hidup. Ahli yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian.

Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Yuran Penuh 

Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah LAYAK menuntut manafaat TKKMTPI sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.

 Ahli Yang Berpindah Kawasan TIDAK Membayar Yuran Penuh

Seseorang ahli yang TIDAK membayar yuran tahunan sepenuhnya dan berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah TIDAK LAYAK menuntut manafaat sekiranya berlaku musibah kematian setelah berpindah. Manakala ahli yang tidak membuat bayaran pembaharuan selama 2 tahun berturut-turut maka keahliannya tidak aktif. Untuk aktifkan semula dikehendaki membuat bayaran tahunan yang tidak dijelaskan termasuk yuran ahli baru

Manfaat

1. Kelebihan dan manfaat menyertai PKKKMTTS adalah untuk meringankan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati dan menguruskan hal-hal kebajikan dengan segera. Apabila berlaku kematian wang bantuan yang akan dikeluarkan adalah seperti di bawah:-


BilPenerima Faedah/Manafaat
Kadar Faedah  (RM) 
1Ahli
1000
2 Pasangan Ahli
1000
3Anak : Telah lahir ke dunia sekurang2nya sebulan dan berumur tidak melebihi 23 tahun 
500
4Anak yang meninggal dalam kandungan : 5 – 9 bulan 
100
5Anak angkat : mempunyai dokumen yang sah
500
6Ibu/Bapa ahli tinggal bersama dalam tempoh masa 6 bulan ke atas
800
7Ibu/Bapa ahli tidak tinggal bersama
200


Prosedur

Prosedur

Dokumen Yang Diperlukan untuk Pengurusan Jenazah

Bagi melancarkan urusan pengurusan jenazah dan tuntutan bayaran, ahli atau waris dimohon untuk menyerahkan dokumen berikut kepada Pegawai Pengurusan Jenazah PKKTM:

  • Pendua berwarna biru Daftar Kematian sekiranya meninggal di hospital.
  • Salinan Resit Sementara Daftar Kematian dari Balai Polis sekiranya meninggal di rumah.
  • Salinan kad pengenalan orang yang membuat tuntutan.

Maklumat Pegawai Pengurusan Jenazah PKKTM

Tuan Haji Zainal Abidin bin Yob Othman012-9733645
Encik Mohd Shohaimi bin Shaari011-19743613

Pengumuman

Kekal dikemaskini dengan berita dan acara terkini kami

Selamat mengerjakan ibadah haji
Dec 24, 2024
Selamat mengerjakan ibadah haji
Sesi penyerahan sumbangan Pekeppi kepada En. Kamal Shahidan yang telah berangkat menunaikan ibadah haji pada 16 Mei 2025.
Semoga segala urusan di tanah suci dipermudahkan oleh Allah dan memperoleh haji yang mabrur.
Baca selanjutnya
Sesi penyerahan khairat kematian kepada balu Allahyarham Abdul Samad Bin Nasir 139428 Northport
Dec 23, 2025
Sesi penyerahan khairat kematian kepada balu Allahyarham Abdul Samad Bin Nasir 139428 Northport

Sesi penyerahan khairat kematian kepada balu Allahyarham Abdul Samad Bin Nasir 139428 Northport

Baca selanjutnya

Jawatankuasa

Temui pasukan yang berdedikasi berkhidmat untuk komuniti kami

Yang Dipertua
Yang Dipertua

Yang Dipertua

Timbalan yang Dipertua
Timbalan yang Dipertua

Timbalan yang Dipertua

Setiausaha Agung
Setiausaha Agung

Setiausaha Agung

Bendahari
Bendahari

Bendahari

Utama Pengumuman Jawatankuasa Log Masuk